Friday, November 13, 2009

penjagaan ikan

cara penjagaan air ikan yang betul

1. untuk anak benih
- pastikan air dibawah paras 1 kaki
- dapatkan air hijau sebagai sumber makanan ikan
- buang hanya stgh kandungan air semasa penukaran air
- jangan biarkan ikan stress

2. untuk ikan keli 5 inci ke atas
- pastikan air dibawah paras 2 kaki
- dapatkan air hijau sebagai sumber makanan ikan
- buang hanya stgh kandungan air semasa penukaran air
- jangan biarkan ikan stress

Thursday, November 12, 2009

kursus pembenihan

Slide 2
KENAPA PERLU PEMBENIHAN SENDIRI
Slide 2
MENJIMATKAN KOS PEMBELIAN ANAK BENIH
MENGETAHUI CARA PENJAGAAN IKAN DENGAN LEBIH MENDALAM DAN TERPERINCI
MENDAPATKAN SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN HASIL PENJUALAN ANAK BENIH
KERANA RAMAI PENTERNAK MELAYU YANG MASIH KURANG PENGETAHUAN TENTANG PERIKANAN
MENINGKATKAN KUALITI IKAN DAN TAHAP TUMBESARAN IKAN
MENINGKATKAN KUANTITI PENGELUARAN HASIL PERIKANAN 


Slide 3
KEPERLUAN ASAS PEMBENIHAN
Slide 3
HORMON 


PICAGARI

JARING PENETASAN

INDUK      


TANGGUK


MAKANAN IKAN 


AIR PUMP

KOLAM PENETASAN


KOLAM TAKUNGAN DAN BAJAAN 


Slide 4
TEMPAT PENETASAN
Slide 4
TEMPAT BERBUMBUNG
DIPASANG JARING SEKELILING MENGELAK PEMANGSA
MUDAH KEPERLUAN AIR DAN BUANGAN AIR
MEMPUNYAI BEKALAN ELEKTRIK
BERLAMPU 


harga pasaran
Slide 1
ITEM
DESCRIPTION
QUANTITY
PRICE/UNIT
1
HORMON OVERFRIM
1
         120.00
2
INDUK JANTAN
2
           40.00
3
INDUK BETINA
2
           40.00
4
TANGGUK
3
             8.00
5
POWDER FEED
1
         150.00
6
DEDAK KATAK
1
         270.00
7
AIR PUMP
1
         200.00
8
JARING PENETASAN
2
           25.00
9
KHIDMAT DAN KHURSUS PEMBENIHAN
1
         350.00
10
KHIDMAT NASIHAT 3 BULAN
1
         100.00
11
LAMPU KALIMANTANG
2
           35.00
12
JARING GRADING IKAN
3
           25.00




Slide 6
PAKEJ RANGSANGAN 1

Slide 6
YURAN PENYERTAAN RM 380
KHURSUS SELAMA 3 HARI 1 MALAM
KHURSUS PRAKTIKAL DI TAPAK ASUHAN AMPANG TASIK ATAU DITAPAK ASUHAN KG PDG ASAM PERLIS
PESERTA DIBEKALKAN DGN BUKU NOTA DAN TUNJUK AJAR DARI TENAGA PENGAJAR BERPENGALAMAN
KHIDMAT NASIHAT DAN TUNJUK AJAR PERCUMA SELAMA 3 BULAN SLEPAS KHURSUS
INDUK DAN UBATAN DISEDIAKAN 





PAKEJ RANGSANGAN 2
Slide 7
YURAN PENYERTAAN RM 1500
KHURSUS SELAMA 3 HARI 1 MALAM
KHURSUS PRAKTIKAL DI TAPAK PESERTA
PESERTA DIBEKALKAN DGN BUKU NOTA DAN TUNJUK AJAR DARI TENAGA PENGAJAR BERPENGALAMAN
KHIDMAT NASIHAT DAN TUNJUK AJAR PERCUMA SELAMA 3 BULAN SELEPAS KHURSUS
UBATAN DI SEDIAKAN
INDUK DAN JARING PENETASAN DISEDIAKAN
PENGINAPAN DISEDIAKAN OLEH PESERTA













Wednesday, November 11, 2009

projek ikan keli kering




boleh buat tempahan skrg
sekor rm0.80
sekilo rm45

projek baru keli perkasam


sedap tau tak caya boleh cuba
kalu nak berniaga boleh buat tempahan skrg
murah je 3 ekor rm 5

Tuesday, November 10, 2009

AGRO FARM


kursus pembenihan ikan keli

kursus 3hari 2 malam
barang2 keperluan :


bekas perahan
gunting
pisau
bulu ayam
 
induk jantan
 
induk betina
 
jaring penetasankolam pembenihan



hormon
jarum suntikan

dedak halus(powder feed)

kolam asuhan

Friday, November 6, 2009

pengunaan e.m

cara penggunaan e.m

1. mencampurkan e.m di dalam kolam ternakan.
- dapat mengelakan kolam berbau
- mengentalkan isi ikan
- merawat penyakit ikan
- tak perlu membuat penukaran air

2. campurkan e.m ke dalam makanan ikan
- membina antibodi ikan
- merawat ikan dengan cepat
- memudahkan penghadaman ikan
- mengurangkan kos pemakanan

penyakit ikan

PUNCA DAN RAWATAN PENYAKIT
DEFINASI PENYAKIT ?
• Perubahan samada dari segi fizikal dan kelakuan dari keadaan normal pada tak normal yang disebabkan oleh faktor-faktor yang mungkin diketahui ataupun tidak diketahui.
• Gangguan fungsi organ dalaman

KENAPA IKAN SAKIT ?
•Alam akuatik yang tidak sesuai
•Keracunan air dan makanan
•Tidak mencukupi makanan/makanan kurang zat
•Cara penangkapan atau pengendalian
•Kuman (parasit, bakteria, kulat/

DARI MANA AGEN PENYAKIT DATANG ?
•Air
•Sedimen
•Makanan
•Haiwan akuatik lain/burung
•Manusia
•Peralatan

BAGAIMANA IA MASUK PADA IKAN ?
• Melalui insang
• Melalui kulit
* Garis deria
* Kecederaan
• Makanan

BAGAIMANA PENYAKIT IKAN BERLAKU ?
• Berlaku apabila ikan mengalami tekanan akibat dari faktor-faktor berikut :
a. DO kurang dari 3.0 mg/l
b. pH kurang dari 6.0 dan > 8.5
c. Ammonia > 1.0 ppm
d. Nitrat > 1.0 ppm
e. Nitrit > 0.02 ppm
f. Suhu <>
• Kekurangan makanan seimbang atau makanan yang berkualiti.
• Baka yang kurang baik
• Pertukaran air yang tidak sempurna

BAGAIMANA PENYAKIT IKAN BERLAKU ?
• Penyediaan kolam yang tidak betul
• Persekitaran yang buruk
. Kelemahan pengurusan
• Faktor fizikal (suhu,oksigen)
• Faktor kimia (Pencemaran air, perubahan Mutu air)
• Faktor pengurusan (kadar pelepasan, pemberian makanan & pengendalian)


Fenomena berlakunya penyakit ikan dapat digambarkan seperti berikut:
Alam sekitar
Pathogen
Ikan

PENYAKIT
•Spesis
•sistem pertahanan badan
•Umur
•Tempoh ternakan
•Stress
•Kualiti benih
•Genetik
•Kekurangan zat makanan
•Berjangkit
•Virus
•Bakteria
•Fungi
•Parasit
•Tak berjangkit
•Pemakanan
•Ketakabnormalan
•Ketoksikan

PERANAN ‘STRESS’ DALAM KEJADIAAN PENYAKIT
Stress –
• merupakan pencetus (inducer) utama kejadian penyakit

• satu proses berlakunya rangsangan fisiologi didalam badan semasa ikan itu cuba untuk mengekalkan atau mendapatkan semula keseimbangannya.rus)

PENYEBAB ‘Stress’
• Tekanan “Chemical” _ Mutu air yang merosot;
Oksigen terlarut rendah, perubahan pH mendadak _
Pencemaran;pencemaran Tekanan Pengurusan
•Pengendalian
•Pengangkutan dari sisa-sisa industri; kimia-kimia rawatan _
Komposisi pemakanan; diet tak seimbang _
Penimbunan bahan-bahan buangan metabolit ;
ammonia & nitrit
•Rawatan penyakit

PENYEBAB ‘Stress’
_ Tekanan Fizikal
• Suhu – salah satu faktor utama mempengaruhi system pertahanan ikan

_ Tekanan Biologikal
• Kepadatan tinggi
• Spesies ikan lain aggresif
• Mikroorganisma patogenik /non
• Cahaya
• Bunyi
• Gas-gas terlarut patogenik
• Macroorganisma parasit dalam dan luaran

APAKAH PERBEZAAN IKAN SAKIT & IKAN SIHAT???
•Cergas - Lemah/tidak aktif
•Makan seperti biasa - Tidak makan/kurang selera
•Berenang seperti biasa - Berenang pantas /berpusingpusing
•Mengesel badan •Hilang keseimbangan
•Mulut dan insang terbuka luas & cepat bernafas

APAKAH KESAN-KESAN PENYAKIT ??
_ Kematian
_ pembantutan tumbesaran & Perubahan tempoh Ternakan yang panjang
_ nisbah pertukaran Makanan yang rendah
_ tahap kadar kepadatan Maksimum yang rendah
_ kos penghasilan yang Tinggi


TANDA-TANDA TERNAKAN MENGHADAPI MASALAH PENYAKIT DAN PERSEKITARAN
_ Penternak perlu:
• Menentukan ciri-ciri abnormal spesies ikan yang diternak dari segi morfologi dan kelakuan berbanding ikan normal
• Peka & prihatin terhadap sebarang perubahan kelakuan ternakan & mengenalpasti persekitaran yang boleh mempengaruhi kesihatan ikan.
• Cekap dalam memberi keputusan serta mengambil tindakan dan rawatan segera sekiranya masalah dikesan.


PERBEZAAN SIMPTOM YANG DITUNJUKKAN AKIBAT MASALAH PATOGEN


PERBEZAAN SIMPTOM PUNCA MASALAH PERSEKITARAN YANG BERLAINAN


JENIS PENYAKIT YANG BIASA MENYERANG IKAN AIR TAWAR
1. Jangkitan Ichthyophthirius multifilis.
_ Dari kumpulan protozoa – ich.
_ Boleh menjangkiti dan membahayakan ikan dlm masa yang singkat.
_ Boleh menyebabkan kematian yg serentak.
_ Menyerang semua jenis ikan airtawar- rega & benih.
_ Menyerang semasa ikan lemah & pd julat suhu yg berbeza.
_ Mudah menjangkiti ikan semasa suhu rendah.
_ Bintik-bintik putih pada seluruh badan ikan.
_ Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit bintik putih.

1.1 Morfologi dan biologi.
_ Bentuk bulat dan bersilia disekelilingnya.
_ Makronukleus yg besar berbentuk C atau ladam kuda.
_ Dapat dilihat jelas di bawah mikroskop.
_ Menyerang kulit, sirip dan insang.
_ Bintik-bintik putih pada badan.
_ Pembentukan sista pada insang.
_Berada pd kulit sehingga matang sebelum meninggalkan perumah & berlindung di subtratum dasar kolam.
_ Membiak secara belahan dua & menghasilkan beratus-ratus larva yg dikenali sebagai tomit.
_ Tomit bersedia menyerang mangsa.
_ Tomit – anak parasit yg berbentuk bujur & aktif mencari mangsa untuk mengulangi kitar hidupnya ( 3 – 4 hari ).

1.2 Tanda-tanda penyakit.
_ Ikan tiada selera makan.
_ Ikan akan berenang perlahan, tidak tentu arah & kadangkala berenang pantas di permukaan air.
_ Menggeselkan badan pada batu, kayu dan objek keras kerana gatal.
_ Terdapat bintik-bintik putih pada badan ikan.

1.3 Rawatan.

1.4 Pencegahan.
_ Jangan gunakan peralatan yg telah digunakan di kolam yg telah dijangkiti.
_ Peralatan perlu dirawat sebelum digunakan semula.
_ Pastikan suhu air kolam sentiasa panas.
_ Kolam-kolam yg telah dijangkiti perlu disediakan dgn teliti.
_ Pengapuran dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan sehektar perlu dilakukan.

2. Jangkitan Trichodina.
_ Menjangkiti semua jenis ikan spt Kap Kepala Besar, Tilapia,
Kap Rumput, Lee Koh dan Lampam Jawa.
_ Cepat merebak di kolam yg berlaku kemerosotan mutu air.
_ Boleh menyebabkan kematian yang tinggi.

2.1 Morfologi dan biologi
_ Berbentuk bulat dan bersilia disekelilingnya.
_ Menyerang ikan pd bahagian kulit dan insang ikan.
_ Dentikelnya bulat dan berangkai seperti cincin yg merupakan ciri utama dalam pengkelasan protozoa ini.
_ Dentikelnya boleh dilihat dgn jelas dari pandangan ventral melalui mikroskop.
_ Dari sisi bentuknya seperti loceng atau topi.
_ Pergerakkannya sangat pantas jika dilihat di bawah mikroskop.
_ Cepat membiak dgn cara pembiakan berganda.
_ Mudah merebak dan menjangkiti ikan.

2.2 Tanda-tanda penyakit.
_ Ikan menjadi lemah & menggeselkan badannya pd batu atau kayu akibat gatal.
_ Terdapat yang berlebihan pada kulit dan insang.
_ Ikan akan berenang pantas dan kadang kala berpusing ligat.

2.3 Rawatan.

2.4 Pencegahan.
_ Pastikan benih bebas dari jangkitan penyakit ini.
_ Jalankan rawatan prapenibaran dgn merendam benih ke dalam larutan garam + formalin pada kadar 2000 pm + 10 ppm selama 30 minit.
_ Periksa parameter mutu air dan pastikan mutunya sentiasa baik dan memuaskan.
_ Sisa-sisa makanan yang berlebihan dalam tangki asuhan benih perlu dibersihkan agar tidak mengotorkan air.

3 Jangkitan Chilodonella.
_ Berpunca dari parasit Chilodonella sp.
_ Sasarannya ialah kulit dan insang.
_ Menyerang semua jenis ikan.
_ Mangsa utamanya ialah benih ikan.
_ Mudah merebak di kolam atau tangki yang kotor.

3.1 Morfologi dan biologi.
_ Berbentuk bulat melonjong atau bentuk jantung manusia.
_ Mempunyai beberapa baris silia yg selari mengikut sisi badan parasit.
_ Biasanya dikesan bersama parasit lain.
_ Membiak dengan cepat mengikut cara pembiakan “asexual atau sexual”.

3.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Ikan kelihatan gelisah, menggesel-geselkan badan pada benda keras kerana gatal.
b. Kulit dan insang yang dijangkiti berwarna kelabu keputihan.

3.3 Rawatan.
3.4 Pencegahan.
a. Pastikan mutu air sentiasa berada dalam keadaan baik.
b. Kapur kolam yang dijangkiti dengan kapur abu panas semasa penyediaan kolam.
c. Rawat benih dengan campuran garam dan formalin pada kadar 1000 ppm + 25 ppm sebelum dilepaskan ke dalam kolam.

4. Penyakit “Velvet”
_ Disebabkan oleh parasit Piscoodinium pilluere.
_ Dahulu dikenali sebagai Oodinium sp.
_ Menjangkiti ikan ternakan terutamanya Lampam Jawa.

4.1 Morfologi dan biologi.
_Berbentuk bulat dan bujur.
_Trophont parasit ini berbentuk spera atau pyriform (buah lai).
_Tidak bergerak.
_Berwarna coklat atau hitam.
_Sitoplasmanya mempunyai bintik-bintik granul terapung.
_Berbeza saiz mengikut peringkat kitaran hidup.
_Tropphont mempunyai struktur sitoplasma yg berakar dan berfungsi sebagai organel pelekat pd tisu perumah.
_Struktur ini jelas kelihatan di bawah mikroskop elektron dan digelar sebagai “rhizoid”.
_Rhizoid ini akan menembusi tisu dan merosakkannya terutama pada insang dan kulit kerana penembusan organel-organel seperti akar ke atas tisu tersebut.
_Jangkitan pada insang akan menyukarkan pernafasan.
_Jangkitan pada kulit akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bakteria.
_Trophont-trophont yg melekat pd ikan akan matang dengan mudah pada suhu yg sesuai ( 26 – 27° C ).
_Jangkitan akan mudah berlaku dan merebak dengan cepat.

4.2 Tanda-tanda penyakit.
_ Ikan tiada selera makan, lemah dan warna bertukar menjadi coklat terutamanya di bhg. Belakang kepala hingga ke ekor.
_Insang ikan menjadi pucat.
_Bahagian kulit keseluruhannya diselaputi oleh lendir yang berlebihan.
_Ikan yg dijangkiti timbul dan terapung di permukaan air, tercungap-cungap di saluran air masuk dan mudah ditangkap musuh.
_ompok-tompok berwarna merah kelihatan pd pangkal sirip dan juga bahagian perut kerana jangkitan sekunder oleh bakteria.
_Garisan deria pd badan lebih jelas kelihatan kerana tandatanda lubang lebih besar dan sisiknya mudah tanggal.
_Ikan tidak bermaya dan badannya lembik apabila disentuh.

4.3 Rawatan.
a. Di peringkat awal jangkitan, ikan ternakan boleh dirawat dengan menggunakan 0.4 – 0.5 ppm CuSO4.
b. Bagi induk lampam jawa, rawatan yg sama boleh dilakukan pd dos 0.5 – 0.9 ppm, 2 – 3 hari berselang seli selama 2 – 3 minggu.

4.4 Pencegahan.
a. Melupuskan anak benih atau ikan-ikan yg dijangkiti oleh penyakit agar tidak merebak.
b. Benih yg akan dilepaskan ke dalam kolam perlu diberi rawatan dengan CuSO4 pd dos 0.3 ppm selama sekurangkurangnya 1 hari.

5. Jangkitan Ichthyopbodo.
_ Disebabkan oleh protozoa yg berflagela.
_ Dipanggil Ichthyopbodo sp.
_ Mudah menyerang ikan – kulit dan insang.
_ Menyerang anak ikan di kolam asuhan.
_ Mudah dikenalpasti di bawah mikroskop.

5.1 Morfologi dan biologi.
_ Protozoa yg halus tetapi aktif bergerak.
_ Saiznya sebesar sel darah merah dan berbentuk leper, bulat atau seperti buah pinggang atau lai.
_ Melekat pd ikan menggunakan cytostome.
_ Merupakan parasit obligate & kitar hidupnya bergantung pd satu perumah yg sama.
_ Cepat membiak dan sering menyebabkan ikan mengalami ketegasan.

5.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Ikan-ikan yg dijangkiti akan menunjukkan badannya terdapat selaput putih kelabu atau kebiruan yg meliputi bahagian kulit atau insang disebabkan oleh lendir yg berlebihan.
b. Bahagian kulit atau insang berwarna kemerah-merahan akibat jangkitan sekunder oleh bakteria.

5.3 Rawatan.

6. Jangkitan henneguya.
_ Parasit ini dinamakan Henneguya sp.
_ Didapati menjangkiti ikan ketutu.
_ Juga dikesan menyerang ikan sepat siam yg terdapat di sungai-sungai dan taliair.
_ Spora-sporanya terdapat di sista-sista yang terlalu kecil di kulit dan insang ikan.

6.1 Morfologi dan biologi.
_ Parasit ini mudah dikenali kerana sporanya mempunyai dua kutub kapsul.
_ Pangkalnya memanjang & tirus seperti ekor.
_ Sista-sistanya terdapat pd kulit, sirip dan insang.

6.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Anak-anak ikan yg dijangkiti akan menjadi lemah dan mudah mati.
b. Kadar tumbesaran ikan adalah tidak memuaskan.
c. Insang ikan menjadi pucat dan terdapat bintik-binrik putih jika banyak sista.
d. Terdapat bintik-bintik halus yg sukar dikesan di kulit dan sirip.

6.3 Rawatan.
_ Biologi parasit ini masih lagi diperingkat kajian.
_ Kitaran hidupnya juga belum diketahui dengan tepat.
_ Tiada rawatan yang sesuai boleh dilakukan.

6.4 Pencegahan.
a. Kolam yg dijangkiti oleh parasit ini hendaklah dikeringkan & dikapur dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan/ha.
b. Pastikan benih-benih ikan yang hendak dilepaskan ke dalam kolam bebas dari parasit ini.
c. Pastikan induk-induk ikan yang akan digunakan dalam pembiakan diperiksa dan bebas dari parasit ini. Penyakit yg disebabkan oleh Parasit Helminth-Trematoda(Fluke).

7. Monogenea.
_ Parasit ini terdiri dari cacing helminth yg kecil & membahayakan ikan ternakan.
_ Disebarkan oleh ikan-ikan liar yg memasuki kolam.
_ Berbagai spesies dlm kelas Monogenea dan menyerang ikan ternakan terutamanya benih ikan.
_ Dua spesies yang sering ditemui iaitu
a. Dactylogyrus sp.
b. Gyrodacylus sp.

7.1 Morfologi Monogenea secara am.
_ Bersaiz dpd mikroskopik hingga sederhana.
_ Mengulangi kitaran hidupnya pd satu perumah sahaja.
_ Bentuk anak yg belum matang tidak banyak berbeza dgn yg matang.
_ Organ pelekat dipanggil haptor untuk bergantung pd perumah.
_ Haptor digunakan untuk mengenalpasti spesies Monogenea.
_ Terdapat 14 – 16 deduri(hooklets) disekeliling haptor & 2 – 4 duri besar atau anchor ditengah-tengah haptor.
_ Terdapat spesies yg bertelur seperti Dactylogyrus sp. Dan spesies yang beranak seperti Gyrodacthylus sp.
_ Ada spesies yg hanya menjangkiti insang tetapi ada juga yg menjangkiti kulit,sirip,sesungut ikan dan pada bahagian bawah kepala.

8. Gyrodacthylus sp.
_ Sering menyerang ikan ternakan terutamanya semasa peringkat benih.
_ Menyerang semua jenis ikan.
_ Sasaran utama ialah keli semasa peringkat rega atau benih-benih yg diasuh di dalam kolam.
_ Mudah berjangkit pd ikan-ikan liar.
_ Menyebabkan kematian jika jangkitannya serius pada anakanak ikan.

8.1 Morfologi & biologi.
_ Pd haptor terdpt duri besar (anchor) yg tercantum disebabkan oleh batang dorsal & ventral.
_ Tepi haptor ada 16 deduri, tiada eye-spot & viviparous.
_ Anak yg lahir sudah sedia untuk menjangkiti ikan.

8.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Anak-anak ikan yg dijangkiti akan menjadi lemah dan tidak mahu makan.
b. Warna badan menjadi pucat dan kurus.
c. Tanda-tanda reput sirip, sesungut dan sering kali di bahagian bawah kepala menjadi merah.

8.3 Rawatan.


8.4 Pencegahan.
a. Hindarkan penggunaan air yang disyaki mempunyai cacing ini.
b. Pastikan induk-induk atau benih ikan yg dilepaskan ke dalam kolam tidak dijangkiti oleh parasit ini.

8.5 Dacthylogyrus sp.
_ Sering menjangkiti rega & benih ikan spt kap dan ikan berduri spt patin dan keli.
_ Ikan yg diternak secara intensif mudah dijangkiti.
_ Seringkali dijumpai bersama-sama parasit lain.
_ Menjangkiti insang ikan.
_ Jika menjangkiti benih-benih ikan, kematian yang tinggi dan serentak akan berlaku.

8.6 Morfologi dan biologi.
_ Tidak banyak berbeza dgn Gyrodacthylus sp.
_ Untuk kenalpasti saiz haptor, anchor & deduri perlu diperiksa.
_ Mempunyai 2 pasang mata dan ianya bertelur.
_ Telurnya menghasilkan larva yg bersilia dan terus menjangkiti ikan yg sama atau ikan lain.
_ Jangkitan secara tidak langsung ialah melalui air yg mempunyai larva ini.

8.7 Rawatan & Pencegahan.
_ Sama seperti rawatan & pencegahan yang diberi kepada Gyrodactylus sp.

9. Trematod Digenea.

9.1 Morfologi dan biologi.
_ Endoparasit atau parasit dalaman.
_ Badanya leper, tidak bersegmen dan berbentuk bujur.
_ Ada 2 organ penghisap iaitu oral sucker pd pangkal hadapan & ventral sucker pd pangkal belakang.
_ Terdapat juga parasit yg tidak mempunyai salah satu penghisap tersebut.
_ Menyerang semua jenis ikan kap.

9.2 Kitar hidup.
_ Kitar hidupnya adalah kompleks.
_ Melibatkan sekurang-kurangnya satu perumah perantaraan.
_ Melibatkan perumah invertebrata seperti moluska dan krustasea.
_ Cacing digenea yg matang adalah hemaprodit.
_ Telor akan menetas & mencari perumah perantaraan (siput) & bertukar menjadi larva(redia) & keluar dari siput sebagai sekaria.
_ Peringkat ini menembusi ikan & berpindah ke organ lain seperti mata, insang, otot, hati dan sebagainya serta menetap sebagai metasekaria.
_ Peringkat ini akan matang di dalam perut burung yang memekan ikan yang dijangkiti.

9.3 Tanda-tanda penyakit.
a. Sista-sista metasekaria (berwarna puti kekuningan) di otot, mata dan insang yg kadang kala jelas kelihatan.
b. Ikan tidak menunjukkan sebarang perubahan besar dan ketara kecuali buta, jika sista di mata manakala isi kulit terbonjol jika terdapat di otot.
c. Tiada tanda-tanda spesifik yg dpt dipastikan kecuali jika sista metaserkaria terlalu banyak terdapat serentak.
d. Perlu dibedah siasat untuk melihat sista di organ dalaman.

9.4 Pengawalan dan pencegahan.
a. Kolam dikeringkan dan hapuskan semua jenis siput sebelum memasukkan air dan melepaskan benih ikan.
b. Mengurangkan populasi siput di dalam kolam dengan menggunakan kupram sulphate pd dos 0.5 ppm setiap bulan.
c. Memastikan benih yang dilepaskan tidak dijangkiti oleh metaserkaria digenea.
d. Mengurangkan kemasukkan burung-burung yg memakan ikan di kawasan kolam. Kumpulan Krustasia.

10. Penyakit Lernaea.
_ Disebabkan oleh parasit Lernaea sp.
_ Dikenali juga sebagai cacing sauh.
_ Menjangkiti semua jenis ikan terutamanya ikan kap.
_ Jangkitan yg serius akan menyebabkan badan bintik-bintik merah terutamanya pd badan, sirip dan kepala.
_ Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bakteria dan memburukkan lagi keadaan ikan.

10.1 Morfologi dan biologi.
_ Parasit ini boleh dilihat dgn mata kasar.
_ Berukuran 1.0 cm & terdapat 2 pundi telur dihujungnya.
_ Organ pelekat berbentuk seperti sauh & tidak kelihatan kerana terbenam di tisu badan.
_ Menjangkiti ikan pd bahagian badan, insang dan kepala.
_ Bentuk badan & organ pelekat menyebabkannya ia dikenali sebagai cacing sauh.
_ Parasit betina sahaja yg menyerang ikan.
_ Kitar hidupnya memakan masa selama sebulan dan bermula dpd telur yg terdapat pd pundi.
_ Telur ini bertukar menjadi nuplius semasa dlm pundi lagi.
_ Menetas sebagai nuplius juga.
_ Nuplius hidup bebas & bertukar kenjadi larva kopepoda yg menjangkiti ikan.
_ Larva kopepoda ini mempunyai beberapa peringkat di mana akhirnya proses mengawan berlaku.
_ Parasit betina akan menjangkiti ikan & matang serta bertelur pd 2 pundi dihujungnya.

10.2 Rawatan.
a. Rawatan ditangki menggunakan dipterex pada kadar 0.2 ppm berterusan selama 3 hari.
b. Rawatan di kolam menggunakan dipterex pada kadar 0.5 ppm sekali seminggu selama 4 minggu berturut-turut.

10.3 Pengawalan dan pencegahan.
_ Kolam yg dijangkiti parasit ini perlu dikeringkan dan di kapur dgn kapur abu panas pd kadar 10 tan/ha.
_ Periksa benih sebelum dilepaskan.

11. Argulus.
_ Argulus sp. adalah sejenis branchiura dlm kumpulan krustasia yg merbahaya kpd ikan ternakan.
_ Lebih dikenali sebagai kutu ikan.
_ Mnjangkiti semua jenis ikan pd semua peringkat.
_ Ikan menjadi lemah & terdapat penyakit sekunder yg disebabkan oleh bakteria dan kulat.

11.1 Morfologi dan biologi.
_ Berbentuk leper,bulat sedikit dan saiznya kurang 1 cm.
_ Menjangkiti kulit, sirip & insang ikan.
_ Terdapat sepasang duri & penyedut sebagai mulut.
_ Mulut akan menembusi tisu ikan yang dijangkiti.
_ Kitar hidupnya secara terus di mana telurnya menetas dalam air menjadi nauplius yg berenag mencari magsanya dalam masa 2 – 3 hari.

11.2 Tanda-tanda penyakit.
a. Ikan kelihatan lemah dan hilang warna keasliannya,pudar atau tidak berkilat.
b. Ikan tidak akan makan dan kemungkinan tumbesarannya terbantut.
c. Tompok-tompok kemerah-merahan mungkin terdapat di pangkal-pangkal sirip dan juga di kulit kerana jangkitan sekunder.
d. Ikan berenang tidak tentu arah atau melompat dalam air dan juga terdapat lendir yang berlebihan.

11.3 Rawatan.
_ Rawatan dalam tangki gunakan dipterex pada kadar 0.25 ppm berterusan selama 3 hari.
_ Rawatan dalam kolam gunakan dipterex pada kadar 0.5 ppm sekali seminggu selama 4 minggu berturut-turut.

11.4 Pengawalan.
_ Induk atau benih hendaklah diperiksa dahulu sebelum dilepaskan ke dalam kolam.
_ Sediakan kolam yang hendak digunakan secara sistematik sebelum dimasukkan air dan ikan.
_ Saluran air masuk dipastikan tidak membawa ikan-ikan liar yang berkemungkinan terdapat argulus.
_ Peralatan yg digunakan seperti pukat, jala, tangguk dan sebagainya dikeringkan sebelum digunakan.

KAEDAH MENGIRA DOS UBAT UNTUK
MERAWAT PENYAKIT IKAN
_ Dos ubat untuk merawat ikan biasanya digunakan dalam unit ppm ( parts per million ).
_ 1 mg ubat dilarutkan ke dalam 1 liter air menjadi 1.0 ppm.
_ Jika 5 ppm – bermakna 5 mg ubat dilarutkan ke dalam 1 liter air.
_ Isipadu air samada dalam tangki atau kolam perlu ditentukan terlebih dahulu.
_ Isipadu air diukur dalam unit liter atau ton.
_ Alat penimbang mikro atau micro balance perlu ada untuk menimbang ubat-ubatan yang akan digunakan.

Contoh 1.
_ Ikan tilapia merah yang terdapat dalam sebuah tangki fibreglass yang berukuran 10 meter panjang x 5 meter lebar dan 1.2 lebar telah dijangkiti penyakit bintik putih yang disebabkan oleh parasit Ichthyopthirius multifilis. Dalam air adalah 1.0 meter. Ubat yang dicadangkan ialah Kalium Permangganat dengan dos 2.0 ppm. Kirakan jumlah isipadu air dan jumlah ubat yang di perlukan.

Langkah 1 : Mengira isipadu air.

Isipadu air = 10.0 m x 5.0 m x 1.0 m
= 1000 cm x 500 cm x 100 cm
= 50,000,000 cm 3
= 50,000,000/1,000
= 50,000 liter.


Langkah 2 : mengira jumlah ubat yg perlu digunakan.

Dos ubat yg dicadangkan ialah 2.0 ppm KMnO4

1 liter air = 2.0 mg ubat digunakan.
50,000 liter air = 50,000 x 2.0 mg/1 = 100,000 mg
= 100,000 mg/1000
= 100 gram ubat KMnO4

Contoh 2: Cara mengira isipadu air di dalam kolam. Sebuah kolam seluas 0.2 hektar dan dalam airnya 1.0 meter mengandungi ikan Lampam Jawa yang dijangkiti Argulus
sp. Dos ubat untuk merawat pentakit ini ialah Dipterex pada dos 0.3 ppm.

1 hektar = 10,000 meter persegi.
0.2 hektar = 10,000 x 0.2
= 2,000 meter persegi.

Isipadu air kolam = 2,000 x 1.0 m
= 2,000 m. padu.

1 m.padu = 1,000 liter
2,000 m.padu = 2,000 x 1,000/1
= 2,000,000 liter.

Dos ubat ialah 0.3 ppm Dipterex.

1 liter air = 0.3 mg dipterex
2,000,000 liter air = 2,000,000 x 0.3 mg
= 600,000 mg

1,000,000 mg = 1.0 kg
600,000 mg = 600,000 x 1/1,000,000
= 0.6 kg Dipterex.

Contoh 3 :
Cara mengira isipadu air dalam tangki menggunakan ubat kimia cair. Sebuah tangki berukuran 100 cm x 120 cm x 60 cm mengandungi ikan keli dan telah diserang parasit argulus.Ubat yg diperlukan ialah 20 ppm formalin.

Isipadu tangki air = 120 cm x 100 cm x 50 cm( dlm air ).
= 600,000 cm3

1,000 cm3 = 1 liter air
600,000 cm3 = 600,000 x 1 /1,000
= 600 liter air.

20 ppm formalin bermaksud 2.0 ml formalin digunakan
untuk 100 liter air.

100 liter air = 2.0 ml formalin
600 liter air = 600 x 2.0/100
= 12 ml formalin.

PEMERIKSAAN IKAN UNTUK MENGESAN PARASIT

Pemeriksaan bahagian luar ikan.
a. Ikan yg hendak diperiksa seeloknya masih hidup. Jika sudah mati sekurang-kurangnya kurang dari 6 jam dan tidak berbau. Sekurang-kurangnya 5 – 10 ekor ikan diperiksa bagi satu jenis.

b. Pastikan ikan masih basah/segar & letakkan di atas talam pembedahan. Catitkan berat, saiz,umur, jantina dan telitiseluruh tubuh ikan.

c. Bahagian badan & mulut serta saluran tekak diperiksa untuk mengesan parasit & sista. Ambil lendir di badan untuk diperiksa di bawah mikroskop.

d. . Sirip dan insang diperiksa secara kasar & kemudiannya dipotong atau diasingkan untuk diperiksa di bawah mikroskop.

e. Bahagian kaviti insang juga diperiksa secara kasar di bawah mikroskop untuk mengesan parasit.

Pemeriksaan bahagian dalam ikan.
a. Organ yg perlu diperiksa ialah jantung kerana jantung dan darah mudah berubah mengikut keadaan. Calitan darah diperiksa untuk mengesan parasit darah Trypanosomes.

b. Rongga badan dibuka & diperiksa secara kasar. Periksa hati, limpa, buah pinggang, hempedu dan pelampung.

c. Mata, tulang belakang dan otak juga diperiksa.

d. Otot yang telah dihancurkan juga diperiksa.

e. Usus juga diperiksa.

Peralatan yg diperlukan untuk memeriksa ikan.
a. Mikroskop yg mempunyai pembesaran sehingga 40 kali.

b. Slaid dan penutup slaid kaca.

c. Alat-alat pembedahan seperti pisau, gunting dan sebagainya.

d. Talam pembedahan untuk meletakkan ikan.

e. Kertas tisu

f. Sarung tangan getah.

KAEDAH RAWATAN IKAN

1. Mandian.

7.1.1 Mandian dengan masa yang ditetapkan.
_ Ubat dimasukkan ke dalam unit pemeliharaan ( tangki ) pada jangkamasa yg ditetapkan seperti 1 – 3 jam.
_ Air rawatan kemudiannya diganti dengan air bersih.
_ Pengawasan perlu diberi terhadap ikan yg sedang dirawat.
_ Jika terdapat tanda tidak normal spt ikan mengalami tekanan, tindakan segera seperti menambah air ke unit rawatan perlu dilakukan.
_ Pengudaraan yg baik perlu diberikan kerana ia akan menambahkan kandungan oksigen larut dan membantu ikan dalam proses pemulihan penyakit.

2. Rendaman berterusan.
_ Selalunya digunakan untuk rawatan di kolam atau di unit takungan ikan yang besar.
_ Penggunaan dos ubat adalah di tahap yg rendah untuk jangkamasa yg panjang (2 – 3 hari hingga 1 minggu)
_ Ubat dibiarkan meresap secara tersendiri.
_ Pada amnya salah satu cara yang selamat digunakan.

3. Celupan ( Dip ).
_ Memerlukan dos ubat yang tinggi dalam jangkamasa yang pendek.
_ Cara ini dibimbangi kerana boleh membunuh ikan kerana dos ubat yang tinggi.
_ Sesuai untuk bilangan ikan yang sedikit.
_ Ikan yg hendak dirawat dimasukkan ke dalam jaring & dicelupkan ke dalam larutan ubat selama 15 – 45 saat mengikut jenis ubat,tahap kepekatan dan spesies ikan.

4. Sapuan ( Swabbing ).
_ Sesuai untuk merawat ikan yg dijangkiti kulat.
_ Ubat akan disapu pada bahagian yg dijangkiti.
_ Sesuai untuk ikan yang bersaiz besar dalam jumlah yang kecil terutamanya ikan yang berharga.
_ Tidak sesuai untuk ikan kecil dari jumlah yang banyak.
_ Bahan yang sering digunakan ialah “Methylene blue “.
_ Ubat ini pada dos 2 – 3 ppm diserapkan pada kapas dan disapukan pada tompok-tompok badan yang dijangkiti kulat atau pada luka yang terdapat pada badan.

RAWATAN ANTIBIOTIK
_ Menggunakan EMAS + Bawang Putih
_ Cara pembuatan larutan :
- 10 Liter EMAS + 1Kg Bawang Putih (diketuk) menghasilkan 11 liter larutan.
- Rendam selama 2 malam.
_ Cara Penggunaan :
1. Masukkan larutan EMAS + Bawang Putih kedalam kolam sebanyak 45 Liter/500 M2
2. Boleh juga direndamkan dengan makanan ikan sebelum diberi makan

MENDIAGNOSA MASALAH DENGAN TEPAT
_ Penternak berpengalaman dapat tentukan punca masalah; mutu air atau penyakit.
_ Apa yang perlu di periksa??
• Bagaimana kelakuan ikan
• Saiz ikan yang sakit
• Adakah terdapat bintik-bintik, lesi atau tompok-tompok kemerahan
• Adakah terdapat perubahan dalam warna air
_ Ambil ikan sakit dan air kolam & hantar untuk dianalisa

LANGKAH JANGKA PENDEK
1. Elakkan penyakit dari merebak dengan mengambil tindakan segera merawat.
2. Oksigen terlarut rendah; tambah pengudaraan.
3. Jika disebabkan kualiti air, tukar air
4. Kurangkan pemberian makanan/tidak beri makan (2-3 hari) untuk elakkan mutu air merosot.
5. Buang ikan yang sakit/serius.
6. Asingkan ikan yang terdapat tanda-tanda sakit dan rawat dengan air tawar/formalin.
7. Jual ikan yang capai saiz pasaran
8. Buat rawatan awal menggunakan formalin untuk selama 5 – 7 hari sebagai disinfeksi dan juga rawatan parasit

LANGKAH JANGKA PANJANG
1. Jalankan rawatan yang disyorkan setelah penyakit dikenalpasti
2. Jalankan langkah kawalan yang dinasihatkan
3. Jalankan pengurusan yang mantap/sistematiktingkatkan kebersihan
4. Tentukan kemasukkan benih yang sihat & pastikan kualiti air sentiasa diperiksa dari masa ke semasa

MENGAPA PERLU RUJUK MAKMAL DIAGNOSA ?
_ Mengetahui punca sebenar masalah kesihatan dan merawat penyakit yang dikenalpasti.
_ Memberi langkah rawatan dan pengawalan yang lebih berkesan.
_ Memperbaiki sistem ternakan.
_ Mempertingkatkan kualiti pengurusan supaya mendapat hasil maksima.

SAMPEL IKAN
_ Ikan yang hidup dan menunjukkan tandatanda sakit yang teruk atau baru dijangkiti

SAMPEL AIR
_ Di lokasi kejadian & punca air Di isi dalam botol
_ Ikan sihat dan ikan yang sakit di bungkus berasingan
_ 3 -4 ekor
_ plastik/kaca dan ditutup rapat
_ Berasingan dari ikan

MAKLUMAT LATARBELAKANG MASALAH PENYAKIT-
_Keterangan tepat tanda-tanda penyakit, system ternakan, punca benih dll
_Maklumat pengurusan seperti jenis makanan, kadar pemberian makanan,Kadar pelepasan serta kadar kematian
_Sebaran aktiviti yang dilakukan sebelum kematian
_Kadar kematian dan adakah berperingkat atau serentak
_Ikan sakit dibungkus dalam beg plastik (2 lapis)
_Isi air bersih 1/3 penuh dan masukkan ikan
_Ikan sakit perlu isipadu air yang lebih 1:20 bahagian ikan dengan air
_Isi beg plastic dengan oksigen.
_Ikat dengan ketat.
_Masukkan beg dalam kotak dan isikan dengan ketulan ais untuk penghantaran
_Bawa bersama malumatmaklumat latarbelakang ternakan.

FORMALIN
_Sediakan 10% larutan formalin solution (Campur 9 SAMPLE AIS
_Bungkus ikan secara berasingan setiap satu di dalam beg plastik @ kertas aluminium.
_Masukkan setiap bungkus di dalam bekas kedap udara dan letakkan air di antara setiap pembungkusan dan tambah 2-4 inci ketulan ais.
_Hantar spesimen ke makmal
dalam tempoh 24 jam. bahagian air kepada 1 bahagian formalin).
_Matikan ikan sebelum dimasukkan ke dalam larutan formalin dengan meletakkan lebihan pelalii MS-222
(tricaine methane sulfonate at 1 gm per 500 mL H2O). _ Nisbah formalin : tisu adalah 10:1 (ie. 1000 mL formalin : 100 gm ikan).
_Untuk Ikan kecil:
_Buat hirisan secara mendatar pada bahagian ventral ikan untuk membantu penerapan bahan awet.
_Masukkan 10% buffered formalin
_Tutup bekas dengan ketat dan label spesimen.
_Untuk ikan besar:
_Potong bahagian yang ada lesi.
_Periksa sirip, insang dan organ-organ dalaman yang dijangkiti & campurkan pengawet.
_Tutup ketat dan label spesimen.

FORMALIN
_Sediakan 10% larutan formalin solution (Campur 9

SAMPLE AIS
_Bungkus ikan secara berasingan setiap satu di dalam beg plastik @ kertas aluminium.
_Masukkan setiap bungkus di dalam bekas kedap udara dan letakkan air di antara setiap pembungkusan dan tambah 2-4 inci ketulan ais.
_Hantar spesimen ke makmal dalam tempoh 24 jam. bahagian air kepada 1 bahagian formalin).
_Matikan ikan sebelum dimasukkan ke dalam larutan formalin dengan meletakkan lebihan pelalii MS-222
(tricaine methane sulfonate at 1 gm per 500 mL H2O).
_Nisbah formalin : tisu adalah 10:1 (ie. 1000 mL formalin : 100 gm ikan).
_Untuk Ikan kecil:
_Buat hirisan secara mendatar pada bahagian ventral ikan untuk membantu penerapan bahan awet.
_Masukkan 10% buffered formalin
_Tutup bekas dengan ketat dan label spesimen.
_Untuk ikan besar:
_Potong bahagian yang ada lesi.
_Periksa sirip, insang dan organ-organ dalaman yang dijangkiti & campurkan pengawet.
_Tutup ketat dan label spesimen.

PERATURAN AM DALAM RAWATAN
_Kenali Ikan anda : kelakuan normal; keadaan yang menghasil tekanan; penyakit yang sering dijangkiti
_Kenali air - mutu air
_Kenali bahan kimia ; FDA
_Kenali Penyakit yang menyerang

FAKTOR PENENTU KEGUNAAN
_Tentukan samada rawatan perlu Dibuat?
_apakah penyakit boleh dirawat?
_adakah ia kos efektif?

• keadaan am ikan & sistem ternakan
_toleransi ikan pada bahan Kimia/ubat

• saiz & umur ikan
_keberkesanan dan mekanisma bahan
Kimia/ubat

• Agen penyebab penyakit (bakteria, parasit, kulat & virus)

• Menghad penggunaan kimia untuk rawatan ikan untuk makanan

Prinsip Kemoterapi & Rawatan Penyakit
_Rawatan Bergantung Kepada Penggunaan Bahan Kimia @ Ubat-Ubatan Untuk Membunuh Organisma Penyebab
_PERLU INGAT-Penggunaan Ubat/Bahan Kimia Tidak Dapat Bunuh 100% Organisma Pembawa Penyakit “UBAT-CARA TERAKHIR UNTUK KAWALAN PENYAKIT”

Pusat- Pusat Diagnosa Penyakit Ikan
JabatanPerikanan Malaysia
Alamat No. Telefon
Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin Batu Maung
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Batu Maung
11960 Batu Maung
04-6263002
04-6262981

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin Subang
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Subang
47200 Subang
03-7465143
03-7465149

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin KLIA 03-87874546
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Kompleks Kuarantin
Jalan Pekeliling 4,
Selangor
03-87874542
03-87874107

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin Gelang Patah
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Kompleks Sultan Abu Bakar
Tanjung Kupang
Johor
07-5133109
07-5133121

Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan Dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam
( Fish Health Management And Quarantine Branch )
Bukit Kayu Hitam
06050 Jitra
04-9222785
04-9221176

PENCEGAHAN PENYAKIT

_ Contoh amalan yang cekap
• Penyediaan kolam/tangki dengan betul mengikut skop yang disyorkan
• Benih bebas penyakit
• Kuarantin ikan yang masuk:-

_ rawatan pencegahan menggunakan formalin 150-200 ppm selama 45-60 min/30 ppm selama 24 jam (3
hari)
• Asingkan yang lemah & beri rawatan.
• Buang ikan yang sakit atau mati
• serta merta - JANGAN BUANG DALAM AIR ATAU MERATA TEMPAT (Tanam atau bakar)
• Kadar pelepasan pada tahap optima.
• Asingkan mengikut saiz
• Pemberian makanan mencukup 5-6% berat badan untuk anak ikan & 3% untuk ikan >30g
• Berikan Vitamin C sekali sekala (2g/kg makanan)

* Prosedur kebersihan seperti disinfek bekasbekas yang digunakan, jaring dan peralatan lain untuk meminimakan pemindahan parasit atau penyakit
* Simpan rekod ternakan untuk memudahkan rawatan-
_ tarikh ternakan,
_ sumber benih,
_ saiz benih,

Rekod Ternakan
_ kadar pelepasan
_ jenis makanan dan kadarnya,
_ Pengawasan perubahan kelakuan ikan/mutu air dari masa ke semasa
_ jenis rawatan yang diberikan,
_ rekod kematian dan bilanganya,
_ perubahan mutu air
_ dll

info ikan

IKAN LEMAS

PUNCA IKAN LEMAS
1. Kurang oksigen
2. Air terlalu kotor dan berbau
3. Lebihan makanan dan bahan perkumuhan
4. Kandungan ammonia yg tinggi (toksik)
5. Kadar perlepasan ikan terlalu padat
6. Persaingan dapatkan oksigen
7. Pengurusan tidak sistematik

AKIBAT IKAN LEMAS
1. Kadar kematian tinggi
2. Tumbesaran ikan terbantut
3. Tempoh ternakan jadi lama
4. Kualiti ikan rasa hanyir / berbau
5. Pengusaha alami kerugian

CARA MENGATASI IKAN LEMAS
1. Tukar air baru
2. Pastikan pemberian makanan tidak berlebihan
3. Guna alat pengudaraan
4. Kadar perlepasan ikan ikut yg disyorkan
5. Penggunaan teknologi EM
6. Sering buat pemantauan dari semasa ke semasa

PARAMETER KUALITI AIR
* DO(oksigen) : atas 4.0 ppm
* pH : 6.5 - 8.5
* Ammonia : bawah 1.0ppm
* Suhu : 28 - 32 darjah celcius


BIOLOGI AM IKAN

1. PENDAHULUAN
Evolusi ikan atau filogeni telah berkembang melalui beberapa era geologikal hinggalah sekarang. Fosil ikan primitif pertama telah ditemui diera 'Silurian' iaitu kira kira 330 – 350 juta tahun yang lalu. Sebagai contoh Ikan Jerung yang dikenali sebagai Dunkleosteus dijumpai kira kira 400 juta tahun yang lalu. Fosil menunjukkan bahawa ikan ini bersaiz seperti sebuah bas sekolah. Ciri utama ikan ini ialah mereka tidak mempunyai rahang dan kulit badan seperti memakai jaket besi.

Di dalam dunia ini terdapat kira kira 24,600 spesies ikan. 58% daripadanya adalah daripada spesies ikan air masin, 48% ikan air tawar dan 1% adalah perantaraan.

Ikan hanya boleh hidup di dalam air di mana sifat fizikal, kimia dan biologi adalah bersesuaian. Faktor-faktor fizikal antaranya termasuklah suhu, kepadatan dan kelajuan arus. Faktor-faktor kimia lain termasuklah pH dan kandungan oksigen sementara faktor biologi termasuklah makanan semulajadi.

Pengetahuan di dalam aspek anatomi dan morfologi adalah penting di dalam memahami tabiat kehidupan serta penyesuaian ikan terhadap alam sekitar. Di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pembiakan, pemakanan dan kajian penyakit, pengetahuan di dalam aspek ini sangat diperlukan.

2. TAKSONOMI IKAN
Seperti juga tumbuhan dan haiwan yang lain, ikan diklasifikasikan mengikut kehidupan hakikinya di dunia haiwan.

Contoh berikut adalah klasifikasi untuk Ikan Tenggalan:-
ANIMAL KINGDOM ( FAUNA ) Animalia
ANIMAL SUBKINGDOM (PHYLUM ) Chordata
SUBPHYLUM OF ANIMALS Vertebrata
CLASS Osteichthyes (bony fish)
SUBCLASS Actinopterygii
ORDER Cypriformes
SUBORDER Cyprinoidei
FAMILY Cyprinidae
SUBFAMILY Cyprininae
GENUS Puntius Hamilton
SPECIES Puntius bulu

3. MORFOLOGI DAN ANATOMI IKAN
3.1 Struktur luaran ikan teleost
Secara amnya ikan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepala, badan dan ekor. Kepala adalah bahagian yang terletak di antara muncung dan operkulum. Pada bahagian kepala ini terdapat mulut, sepasang mata, hidung dan sesungut. Kawasan badan pula ialah daripada bahagian posterior hingga ke dubur. Pada bahagian badan ini terdapat sirip dorsal, pektoral dan pelvik. Bahagian ekor adalah kawasan di antara dubur dan permulaan kaudal pedunkel. Di bahagian ini terdapat sirip anal.

3.1.1 Bentuk badan










3.2 Kulit Ikan
Kulit merupakan pelindung asas untuk ikan daripada alam sekeliling. Ia memainkan peranan yang penting untuk mencegah ikan daripada terkena penyakit. Lapisan lapisan kulit adalah terdiri daripada kutikel, epidermis, dermis, lapisan subkutaneous dan hipodermis (Rajah 2).

Kutikel
Epidermis
Membran asas
Dermis
Hipodermis
Otot Subcutaneous

3.2.1 Kutikel
Ini adalah lapisan pertama dan tebalnya ialah 1 mikron. Ia merupakan lapisan mukopolisakarida dan adalah terdiri daripada sel epitelium atas dan sedikit sel-sel ‘goblet mucosa’. Fungsi sel ini ialah untuk mengeluarkan lendir.

3.2.2 Epidermis
Lapisan ini adalah terdiri dari sel-sel Malphigi dan menutupi semua bahagian luar ikan termasuk sirip dan ekor. Lapisan ini adalah hidup dan boleh bertambah melalui proses pembahagian mitosis. Ketebalan lapisan ini bergantung kepada spesies, umur, tempat dan juga peringkat kematangan. Biasanya ia lebih tebal bagi spesies ikan yang tiada atau kurang sisik (contoh keli dan belut) dan juga di bahagian sirip. Di lapisan ini juga terdapat sel deria.

3.2.3 Dermis
Lapisan ini adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu ‘stratum spongiosum’ di luar dan ‘stratum compactum’ dan lapisan ini dibekalkan dengan salur darah dan gentian saraf. Di dalam ‘stratum spongiosum’ dipenuhi dengan serabut kolagen dan retikulin, sel pigmen (kromatofor), sel mas (mast cell), sel pangkal sisik dan juga sel sisik. ‘Stratum compactum’ merupakan satu struktur yang menguatkan kulit. Dengan adanya kromatofor di dalam lapisan ini ikan berupaya bertukar warna untuk menyesuaikan diri di dalam air semasa pembiakan, sakit atau berlindung daripada musuh. Selain daripada itu dermis memainkan peranan utama di dalam pembentukan sisik.

3.2.4 Hipodermis
Lapisan hipodermis adalah terdiri daripada tisu adipos yang kurang padat dan lebih bervaskular jika dibandingkan dengan lapisan dermis. Sisik ikan dihasilkan oleh sel-sel di bahagian ini. Walaupun sisik ini keras tetapi ia boleh dilentur. Terdapat dua jenis sisik ikan teleosts, sisik stenoid dan sikloid. Sisik sikloid adalah berbentuk seperti cakera sementara sisik stenoid mempunyai struktur menyerupai gigi sikat di pinggir permukaan posterior. Contoh untuk ikan air tawar yang mempunyai sisik stenoid ialah ikan patung, betok dll. Contoh ikan yang mempunyai sisik sikloid ialah ikan kelisa, ikan haruan dll.




3.2.5 Otot
Otot-otot di badan ikan digunakan untuk pergerakan sirip. Ia meliputi kawasan dari tulang kepala hingga ke pangkal ekor ikan dan disusun dalam dua barisan di keduadua belah bahagian ikan. Dua barisan otot ini (dorsal dan ventral) dipisahkan oleh tisu penyambung (conjunctive) mendatar. Bahagian rahang dan penutup insang juga mempunyai kumpulan ototnya sendiri.


3.3 Tulang kerangka
Susunan kerangka ikan dapat dilihat dalam Rajah 5. Tengkorak terdiri daripada kranium keras di mana tulang rahang, insang dan penutup insang dari kranium keras disendikan. Strukturnya adalah lebih kompleks. Bilangan vertebranya adalah tidak tetap untuk sesuatu spesies ikan, dan ia dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar semasa pertumbuhan larva ikan.

Sirip ikan terdiri daripada 5 jenis iaitu sirip pelvis, sirip pektoral, sirip dorsal, sirip dubur dan sirip ekor. Tulang sirip terbahagi kepada dua jenis, iaitu tulang keras dan tulang lembut. Tulang keras tidak berbuku, pejal dan tidak boleh dibengkokkan. Biasanya tulang yang keras ini ialah duri dan merupakan alat untuk mempertahankan diri. Tulang lembut mudah dibengkokkan dan berbuku atau beruas. Bentuknya berbeza bergantung kepada spesies ikan.


4. FISIOLOGI IKAN TELEOSTS

4.1 Sistem pernafasan
Kebanyakan ikan bernafas melalui insang yang terletak di bahagian belakang dan tepi kepala. Insang dilindungi oleh operkulum yang boleh bergerak. Ikan teleosts mempunyai empat pasang insang dan sepasang insang tanpa lamella.Insang ini dipenuhi dengan saluran darah dan terletak di lengkung insang. Bahagian depan lengkung insang adalah bergerigi dan dipanggil sebagai sisir insang. Sisir insang bertindak sebagai penapis dan ia mengarah ke rongga mulut. Di bahagian belakang lengkung insang terdapat susunan lamela.

Pernafasan berlaku apabila ruang insang mengembang. Ketika ini air masuk ke dalam mulut melalui lamela di mana oksigen diserap dan seterusnya air keluar melalui celah insang apabila ruang insang kempis. Kadar pernafasan ikan bergantung kepada kandungan suhu dan kandungan oksigen terlarut dan mempunyai julat antara 15 hingga 150 kali seminit.


Spesies ikan yang bernafas melalui udara boleh mengambil oksigen secara langsung. Organ pernafasan ikan jenis ini, adalah mukosa dan mulut atau usus, pengubahsuaian insang dalam bentuk paru paru (ikan keli) dan rongga khas yang bersambung dengan mulut labirinth (ikan haruan). Kumpulan ikan yang mempunyai paruparu menggunakan pelampung sebagai paru-paru. Ikan kumpulan ini boleh hidup di dalam air yang kurang oksigen terlarut atau di kawasan berlumpur yang lembab.

4.2 Sistem peredaran darah
Ikan mempunyai sistem peredaran darah yang agak mudah, di mana darah mengalir secara berterusan melalui sistem tiub yang terdiri daripada jantung dan salurannya. Secara ringkasnya, darah dipam oleh jantung ke insang untuk menyerap oksigen dan kemudiannya disalurkan ke tisu badan dan balik ke jantung.

Peredaran darah dalam ikan adalah secara sistem peredaran tunggal. Di dalam sistem ini jantung menerima kembali darah melalui sinus venosus. Darah seterusnya dialirkan ke atrium dan ke ventrikel untuk dipam keluar melalui aorta ventral ke insang. Saiz jantung ikan bergantung kepada spesies. Oleh kerana isipadu dan tekanan darah ikan adalah rendah, maka saiz jantungnya (disebut sebagai ppt berat badan) adalah kurang daripada vertebrata yang lain. Bagi ikan yang pergerakannya perlahan, saiz jantung adalah kurang daripada 1 ppt berat badan, tetapi bagi ikan yang aktif, nilai tersebut selalunya adalah 1.2 ppt.

Darah ikan adalah sama seperti darah vertebrata yang lain, iaitu mengandungi plasma dan sel darah. Jika dibandingkan dengan mamalia, berat isipadu darah adalah rendah, iaitu di antara 1.5 – 3 % daripada berat badan. Ikan tidak mempunyai nodus limfa dan tulangnya selalu tidak mempunyai rongga medula bagi pembinaan darah. Walau bagaimanapun tisu-tisu hematopisis (tisu pembina darah) terdapat di dalam stroma limfa, buah pinggang, usus, timus serta berserakan di serata saluran darah.

4.3 Sistem penghadaman
Sistem penghadaman terdiri daripada beberapa bahagian. Mulut adalah bahagian pertama dan ianya dihubungkan dengan farinks dan seterusnya ke eosophagus. Esofagus pula disambungkan dengan perut (atau usus bagi spesies yang tidak mempunyai perut benar), dan seterusnya dengan usus. Usus pula bersambung ke dubur. Organ-organ ini adalah untuk menukarkan makanan yang diambil kepada bahan-bahan yang boleh digunakan oleh badan. Bentuk mulut ikan boleh dibahagikan kepada 3 kategori asas iaitu mulut yang menghadap ke atas seperti ikan ketutu (superterminal), menghadap ke hadapan seperti ikan baung (terminal), menghadap ke bawah seperti ikan patin (subterminal atau inferior), bergantung kepada tabiat pemakanannya. Rongga mulut biasanya dilengkapkan dengan gigi yang pelbagai bentuk dan bilangannya. Farinks terletak di antara mulut dan insang. Esofagus adalah pendek dan sempit. Bahagian hadapan perut ikan mempunyai otot dan berfungsi sebagai pengisar. Usus ikan adalah melingkar dan berbelit-belit di dalam abdomen. Usus ikan karnivor adalah pendek dan lurus. Ikan herbivor adalah panjang dan berbelit-belit.

Di dalam usus ikan terdapat lipatan seperti vilus kerana vilus sebenarnya tidak ada pada ikan. Dubur ikan terletak di hujung usus. Enzim penghadaman dirembeskan oleh pankreas, perut dan usus. Hati, organ yang besar dan kaya dengan lemak membantu penghadaman lipid.

4.4 Sistem perkumuhan
Ginjal adalah terletak di kawasan antara pelampung dengan turus spina dan ia berfungsi sebagai penapis bahan buangan perkumuhan dari badan ikan. Bahan buangan ini melalui pundit kencing dan ke saluran kencing dan seterusnya ke lubang urogenital.

4.5 Sistem saraf
Seperti juga jenis jenis haiwan vertebrata yang lain, sistem saraf bagi ikan adalah terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi bahagian otak dan batang spinal. Sitem saraf periferi pula meliputi semua saraf yang keluar daripada sistem saraf pusat, hujung saraf tersebut atau organ deria. Pada amnya otak ikan mengandungi komponen-komponen asas seperti haiwan vertebrata peringkat tinggi, tetapi berlainan bentuk dan kekompleksannya. Ikan mempunyai 5 bahagian otak yang dikenali dengan nama telensefalon, diensefalon, mesensefalon, serebelum dan medulla oblongata.

Batang spinal ikan terletak memanjang di seluruh tubuh badan bermula daripada otak dan berakhir di organ endokrina yang dinamakan urofisis. Sistem saraf periferi mempunyai 10 saraf kranium yang menghubungkan organ deria dan viscera serta mengawal fungsi kawalan dan luar kawalan. Organ deria bagi ikan ialah mata, labirin, garis sisi dan olfaktori.

4.5.1 Mata
Mata ikan teleosts adalah sama seperti mata vertebrata yang lain. Sklera, lapisan luar berserabut, mempunyai tiga selitan otot okulomotor yang dikawal oleh saraf kranium III. Sklera diperkukuhkan oleh tulang atau tulang rawan. Kornea, mempunyai ‘refractive index’ yang sama dengan air. Kanta mata ikan adalah berbentuk sferoid. Ia terkeluar sedikit dari iris untuk mendapatkan darjah pemandangan yang luas. Pada kebanyakan spesies ikan kanta atau kornea adalah 'tinted'. Iris ikan tidak dapat dikembang dan dikuncupkan kerana otot pencerut dan dilator tidak terbentuk dengan baiknya. Retina adalah tisu yang peka kepada cahaya.







4.5.2 Labirin
Labirin adalah berevolusi dari garis sisi hingga menjadi organ deria yang kompleks. Organ ini berfungsi untuk menjaga keseimbangan dan pendengaran.Labirin terdiri daridapa dua bahagian yang bersambung iaitu salur separuh bulat dan organ otolit.

4.5.3 Garis sisi
Komponen-komponen utama sistem garis sisi ialah saluran garis sisi di kedua-dua belah badan ikan. Saluran ini dihubungkan dengan alam sekitar melalui lubang-lubang kecil yang tersusun di sepanjang saluran tersebut. Reseptorreseptor mekanik terletak di dasar saluran berselang seli dengan lubang-lubang tersebut.

4.5.4 Olfaktori dan pengecap
Organ olfaktori adalah sepasang lubang kecil di muncung ikan di mana setiap lubang terdapat juring kulit yang membahagikan lubang tersebut kepada saluran masuk, dan saluran lawas posterior. Air masuk menerusi saluran masuk dan melalui epitilium olfaktori yang berbentuk vilus.












Organ pengecap iaitu tunas perasa didapati di permukaan luar bibir kepala, sesungut dan sirip serta di atas sisir insang, lengkong insang dan mulut. Bagi spesies tertentu ia tersebar di seluruh permukaan badan. Biasanya ia dikawal oleh saraf kranial VII, IX dan X. Tunas pengecap terdiri daripada kumpulan sel tembereng memanjang untuk dibentukkan menjadi sfera. Sel-sel ini adalah terdiri daripada sel reseptor, penyokong dan asas.

4.6 Pelampung Ikan Teleost
Pelampung yang dipenuhi dengan gas merupakan 7% daripada isipadu badan ikan. Fungsi utamanya ialah untuk membolehkan ikan terapung semasa berenang atau berehat. Ia juga berfungsi untuk menerima bunyi dan mengesan tekanan, dan bagi beberapa spesies digunakan untuk mengeluarkan bunyi. Perkembangan pelampung bermula di peringkat larva. Pelampung ini terdiri daripada dua ruang yang dipisahkan oleh diafragma. Dinding pelampung di hadapan adalah lebih tebal kerana ia berfungsi untuk menerima dan menyimpan gas. Ruang di belakang berfungsi untuk penyerapan semula gas.

5. HABITAT
Setiap spesies ikan mempunyai kawasan tersendiri untuk membiak dan berkembang. Kesesuaian spesies tersebut kepada kawasan ini adalah bergantung kepada sumber makanan yang banyak dan keadaan kualiti air yang tinggi. Contohnya anak sungai amnya dihuni oleh ikan yang lebih kecil seperti Ikan Sia, Ikan Rong dan Ikan Seluang. Jika sekiranya kawasan ini tercemar oleh aktiviti misalnya pembalakkan yang menyebabkan kualiti air merosot maka ikan-ikan ini akan berhijrah ke kawasan baru dan membentuk koloni baru. Sungai yang lebih besar akan didiami oleh ikan yang lebih besar. Faktor faktor seperti kualiti air yang baik dan keterdapatan sumber makanan akan menyebabkan ikan-ikan tersebut terus mendiami kawasan itu. Pada asalnya tasik dan empangan buatan manusia tidak didiami oleh sesuatu spesies ikan pun. Ikan-ikan yang ada di dalam takungan tersebut adalah ikan-ikan sungai asli yang telah ditenggelamkan semasa pembinaan takungan tersebut. Lama kelamaan beberapa spesies asli ikan sungai telah berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini dan terus berkembang sementara spesies yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini terus pupus.

6. TABIAT PEMAKANAN
Cara ikan makan adalah berbeza di antara spesies. Ada ikan yang makan daging. Ada yang makan tumbuhan dan ada yang makan keduaduanya. Dalam sesuatu ekosistem juga terdapat ruang atau aras pemakanan ‘feeding niche’ yang digunakan oleh ikan. Contohnya ada ikan yang makan di dasar dan ada yang makan di permukaan. Berdasarkan kepada ciri-ciri ini spesies ikan boleh dikelaskan kepada :-

6.1 Pengkelasan mengikut cara makan
6.1.1 Ikan Karnivor
Kumpulan ikan ini adalah dari jenis pemangsa. Mereka mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging mangsa. Sisir insangnya adalah pendek dan bilangannya adalah sedikit. Sisir ikan yang pendek dan tajam ini membantu memegang mangsa sebelum ianya ditelan. Contoh spesies ikan dalam kumpulan ini ialah Ikan Haruan, Ikan Toman, Ikan Sebarau dll.

6.1.2 Ikan Herbivor
Kumpulan ikan ini memakan tumbuh-tumbuhan dalam air. Mereka mempunyai gigi faring bergerigi (serrated) untuk memotong dan mengoyakkan sel-sel tumbuhan dan seterusnya memudahkan proses penghadaman. Contoh terbaik ialah Ikan Kap Rumput.

6.1.3 Ikan Omnivor
Kumpulan ikan ini bukan sahaja memakan haiwan tetapi juga tumbuh-tumbuhan . Contoh yang terbaik ialah Ikan Jelawat. Pengkelasan ikan berdasarkan tabii pemakanan kadangkala menimbulkan masalah. Contohnya Ikan Jelawat (Leptobarbus hoevenii) adalah dikelaskan sebagai omnivor, tetapi jika diberi pilihan ia akan menjadi pemangsa yang effisien. Contoh yang lain ialah Ikan Kap Rumput. Spesies ini adalah kumpulan ikan yang memakan tumbuhan, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai herbivor sebenar kerana ia tidak berupaya untuk menghadam selulosa. Pada amnya semua spesies ikan pada peringkat larva dan benih adalah planktivora dengan memakan zooplankton atau fitoplankton.

6.2 Pengkelasan ikan berdasarkan ruang pemakanan
6.2.1 Pemakan dasar
Spesies ikan ini memungut makanan daripada dasar dan makanannya adalah terdiri daripada siput, larva Chironomid dll. Kebolehan memakan cara ini adalah bergantung kepada struktur mulut dan gigi faring dan sisir insang (gill rakers) spesies tersebut. Pemakan di dasar seperti Ikan Lee Koh mempunyai struktur mulut inferior iaitu rahang atas lebih panjang daripada rahang bawah, gigi faring seperti geraham yang membantu di dalam pengisaran makanan, dan sisir insang yang halus.

6.2.2 Pemakan pertengahan
Spesies ini memugut makanan di antara dasar dan permukaan. Ikan jenis ini mempunyai struktur mulut terminal, iaitu rahang atas dan rahang bawah sama panjang. Ini membolehkannya memungut makanan dari semua sudut. Sisir
insang adalah kasar dan bilangannya adalah sedikit. Contoh Ikan Jelawat.

6.2.3 Pemakan permukaan
Spesies ikan ini memungut makanannya dari permukaan air, kira-kira 0.3 m dari permukaan. Ikan ini mempunyai kedudukan mulut yang superior. Iaitu rahang bawah lebih panjang dari rahang atas. Ia membolehkan ikan tersebut memungut makanan yang ada di permukaan air. Sisir ikannya adalah halus dan membantu menapis plankton yang masuk bersama air. Contohnya Ikan Kap Kepala Besar. Sisir ikan yang makan fitoplankton (Sepat Siam) lebih halus dari pemakan zooplankton.

7. TABIAT PEMAKANAN
Lazimnya ikan adalah heteroseksual. Individu jantan lazimnya mempunyai sepasang testis dan yang betina sepasang ovari. Organ ini terletak di kedua belah turus spina di dalam rongga abdomen. Proses pembentukan gonad tidak akan terbatas apabila ikan diternak dalam kurungan. Pembentukan gonad akan berterusan sehingga ia mencapai peringkat kematangan tersier. Masalah yang timbul hanyalah di peringkat pengeluaran gamet di mana proses ini akan terhalang.

7.1 Endokrinologi pembiakan
Di dalam proses pembiakan, penerimaan rangsangan seperti fotokala, suhu, hujan dan lain-lain disalurkan melalui sistem saraf penerima kepada sistem saraf pusat. Rangsangan yang diterima oleh thalamus bawah menyebabkan bahagian ini mengeluarkan bahan kimia yang dikenali sebagai Faktor Pelepas Hormon Gonadotrofin. Bahan ini akan merangsang kelenjar pitituari untuk mengeluarkan hormon gonadotrofin yang bertindak terhadap organ pembiakan. Sebagai tindakbalas, organ pembiakan mengeluarkan steroid jantina. Ovari mengeluarkan beberapa steroid yang dipanggil sebagai kumpulan estrogen. Beberapa jenis ikan lain mengeluarkan progesteron. Estrogen adalah terlibat dalam pembentukan sifat-sifat jantina dan juga merangsang perlakuan mengawan ikan betina. Testis ikan mengeluarkan steroid yang dipanggil endrogen di mana testosteron adalah hormon yang terpenting. Hormon kumpulan endrogen mengawal pembentukan sifat-sifat jantina dan perlakuan untuk mengawan ikan jantan. Secara amnya pembiakan, ikan boleh dikategorikan kepada :-

7.2 Pembiakan secara semulajadi.
7.2.1 Membiak secara semulajadi dalam kurungan saperti di dalam kolam. Ikan Lampam Jawa membiak pada musim hujan. Dayabiak adalah tinggi. Induk seberat 0.6 kg boleh menghasilkan telur hampir 1 juta biji.

7.2.2 Membiak di hulu hulu sungai. Pada musim pembiakan penghijrahan ikan ke hulu sungai berlaku untuk mengawan dan merembeskan telur (spawning). Ikan betina akan merembeskan telur untuk dilekatkan kepada batu atau pasir (bagi spesies yang mempunyai telur jenis melekit). Ikan jantan akan merembeskan sperma ke atas telur-telur tersebut bagi melengkapkan proses persenyawaan. Aliran air yang deras itu akan membekalkan oksigen yang diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran telur. Kadangkala sifat penjagaan ibu bapa (parental care) ditunjukkan saperti Ikan Haruan.

7.3 Tidak boleh membiak dalam kurungan tetapi boleh membiak dalam kawasan khas yang dibina mirip kepada kawsan semulajadi. Ikan ini boleh dibiakkan secara aruhan. Contoh ialah pembinaan ‘bangle bundh’ untuk ikan kap India seperti Ikan Rohu, Ikan Katla dan Ikan Tongsan.

7.4 Ikan yang membesar dan membiak dalam ekosistem yang berlainan (air tawar dan air masin). Ikan ini juga boleh dibiakkan secara aruhan. Kumpulan ini merangkumi spesies ikan laut dan ikan air tawar. Bandeng (Chanos chanos), salmon, dan belut (Anguilla sp) adalah tergolong dalam kumpulan ini. Ikan salmon misalnya membesar di air masin tetapi berhijrah untuk bertelur di hulu sungai di mana persekitarannya adalah air tawar (anadramos). Sebaliknya belut (Anguilla sp) hidup di air tawar dan berhijrah untuk membiak di air masin (katadromos).

8. CIRI-CIRI IKAN YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN DAN FAKTOR PEMILIHAN

Walau apapun sistem ternakan yang diamalkan kriteria pemilihan spesies
adalah bergantung kepada faktor biologi dan ekonomi.

8.1 Faktor biologi
8.1.1 Spesies yang cepat membesar.
Spesies yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat adalah menguntungkan. Ini adalah kerana ianya boleh mencapai saiz pasaran dalam masa yang singkat. Pada masa ini terdapat ikan yang boleh cepat membesar melalui kaedah bioteknologi seperti ikan transgenik. Ikan Tilapia monoseks jantan lebih cepat membesar daripada Ikan Tilapia betina.

8.1.2 Spesies yang dapat menggunakan makanan semulajadi serta boleh menerima makanan tambahan yang diberikan. Ini khususnya untuk ikan yang akan digunakan untuk ternakan ikan dalam kolam. Dengan ternakan secara polikultur kesemua ruang pemakanan dalam kolam dapat digunakan sepenuhnya. Makanan semulajadi adalah dalam kuantiti yang terhad. Makanan tambahan seperti rumusan dalam bentuk pelet diberikan untuk ternakan selanjutnya.